
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli merancang untuk memulakan program bual bicara podcast dikenali sebagai Yang Bakar Menteri (YBM) yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bersemuka dengannya.
Siaran podcast YBM akan bermula pada 8 Jan 2024 dan disiarkan setiap dua minggu.
“Saya merancang untuk memulakan podcast YBM (rasminya bermakna Yang Berhormat Menteri, tetapi podcast ini bermakna Yang Bakar Menteri),” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya.
Rafizi berkata peluang bersemuka di podcast yang dirakam pada sebelah malam itu bertujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengan beliau tanpa menggunakan peruntukan kerajaan.
Ini kerana, katanya, kemunculan di televisyen menggunakan wang rakyat apabila melibatkan ‘air time’.
“Podcast YBM terbuka kepada sesiapa sahaja –…