Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rafizi tegur forum dalam talian dakwa Padu digodam

today19 February 2024

Background


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini berkata, pasukan yang membangunkan Padu menekankan keselamatan data. (Gamnbar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegur forum dalam talian Lowyat.net kerana “menyebarkan maklumat salah” apabila mendakwa Pangkalan Data Pusat (Padu) digodam.

Terdahulu hari ini, Lowyat.net melaporkan bahawa ‘Padu’ serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, digodam kumpulan dikenali sebagai R00TK1T.

Menurut forum dalam talian itu, penggodam mendakwa mencuri data daripada ‘Padu’. Ia turut mendakwa kumpulan berkenaan menceroboh infrastruktur keselamatan LPPKN dan mencuri data bernilai lebih 27GB daripada pelayannya.

Lowyat.net kemudian menjelaskan bahawa ‘Padu’ yang dikatakan digodam R00TK1T merujuk kepada Unit Pengurusan dan Penyampaian Perkhidmatan LPPKN.

“Terima kasih Lowyat.net kerana tidak menyemak fakta terlebih dulu,” kata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post