
PETALING JAYA: Kerajaan Arab Saudi menyumbangkan 25 tan buah kurma kepada Malaysia sempena Ramadan yang mempamerkan hubungan baik kedua-dua negara sejak sekian lama.
Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Al Sulaim berkata sumbangan itu adalah sebahagian program iftar Penjaga Dua Tanah Suci Raja Salman Abdulaziz yang dilaksanakan di lebih 100 negara Islam.
“Program tahunan ini lanjutan daripada usaha kebajikan penjaga dua tanah suci pada Ramadan. Baginda berhasrat mengeratkan lagi hubungan sesama saudara Islam di seluruh dunia melalui sumbangan itu.
“Sumbangan ini bukan sekadar pemberian material, tetapi juga mesej solidariti daripada kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sirajuddin Suhaimee…