
Raja Melayu boleh memainkan peranan menyatukan parti Melayu untuk menjadikan kaum itu lebih dominan dalam pentadbiran negara, kata Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin.
Hamzah berkata, sejarah membuktikan kemampuan institusi diraja menggabungkan masyarakat Melayu dari negeri berlainan dalam menentang cubaan penjajahan mutlak British menerusi Malayan Union, 80 tahun lalu.
Ketua pembangkang berkata, sifat feudalisme orang Melayu dengan mengangkat seorang raja yang bukan sahaja boleh memimpin tetapi boleh dipercayainya turut menjadikan peranan raja-raja lebih besar dalam penyatuan ummah.
“Jadi bila kita lihat itu dengan apa berlaku hari ini, pada saya kalau nak Melayu bersatu raja-raja harus berperanan…bercakap mengenai (penentangan) Malayan Union pada 1946 bagaimana orang Kelantan, Johor, Kedah dan semua orang Melayu…