Site icon Hot FM

Raja mengatasi politik, Anwar ingatkan pembangkang


Anwar Ibrahim sebelum ini berikrar bahawa kerajaannya akan mempertahankan institusi diraja daripada dicemuh atau diperlekehkan atas nama kebebasan bersuara.

PETALING JAYA: Walaupun mana-mana pihak dalam kerajaan terbuka menerima kritikan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan pembangkang agar mengelak daripada mengkritik raja-raja Melayu.

Anwar berkata, beliau boleh menerima sebanyak mana pun kritikan daripada sesiapa, dan tidak akan sekali-kali menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritiknya. Paling hebat, kata presiden PKR itu, beliau akan memfailkan saman atau membuat laporan polis.

“Tetapi kalau caci raja, saya dah jawab, itu hadnya. Kerana raja itu mengatasi politik.

“Raja ini bukan ketua parti, (tetapi) ketua negeri dan ketua negara,” katanya pada sebuah program Maal Hijrah di Tanjong Karang, Selangor.

Semalam, pemimpin PAS Sanusi Nor mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan bawah Akta Hasutan kerana membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap raja.

Anwar sebelum ini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version