
KANGAR:
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melawat Pusat Pembelajaran Komuniti Kampung Seberang Ramai (CLBC) bersempena dengan program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Kuala Perlis, semalam.
Mengiringi baginda dalam lawatan itu ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Noor Azman Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam kunjungan itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkesempatan meninjau aktiviti kelas tuisyen Bahasa Inggeris yang sedang berlangsung melibatkan pelajar…