Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Raja Muda Perlis seru pelajar jadi generasi Qurani seimbang dunia, akhirat

today17 April 2026

Background


Syed Faizuddin Putra
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Program Titian Kasih Mega 2026 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah, Kangar.
PETALING JAYA:

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut dibina dengan jati diri kukuh berteraskan al-Quran dan sunnah.

Baginda bertitah, keseimbangan antara ilmu duniawi dan ukhrawi penting untuk melahirkan generasi serba boleh, dengan pendidikan bukan sekadar bekal kerjaya, tetapi juga jambatan menuju kejayaan di akhirat.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyeru pelajar menjadi generasi Qurani yang bukan hanya menghafal, sebaliknya menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

“Dengan berpaksikan al-Quran dan sunnah, setiap usaha menuntut ilmu bukan sahaja menjadi bekal kerjaya di dunia, malah menjadi jambatan menuju kejayaan hakiki di akhirat.

Menurut baginda, pelajar berkualiti ialah mereka…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post