

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima menghadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Balai Mengadap Biru, Istana Arau di sini hari ini.
Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah.
Istana Arau dalam kenyataan berkata majlis menghadap itu menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dalam bidang komunikasi, khususnya berkaitan kepentingan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan mudah diakses oleh masyarakat.
Menurutnya, dalam konteks Perlis, kemajuan komunikasi dan keterhubungan digital mempunyai peranan penting dalam merapatkan hubungan masyarakat, memperluas akses kepada maklumat serta membuka lebih banyak peluang dalam pendidikan,…