
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggesa pemimpin dunia mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza dan membuka koridor bantuan kemanusiaan secara kekal ke Semenanjung Gaza.
Tunku Azizah bertitah tindakan pemimpin dunia perlu dalam menyokong usaha yang diselaraskan oleh organisasi kemanusiaan untuk menghantar bekalan penting dan membantu kumpulan tempatan di lapangan dalam menyediakan perkhidmatan kecemasan, selain menyelamatkan maruah rakyat yang sedang menderita.
“Kita tidak boleh membiarkan pengeboman berterusan…kita mesti secara kolektif menyeru agar permusuhan dihentikan segera. Saya berdiri di sini, untuk menyertai gesaan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera dan saya merayu kepada pemimpin…