
SHAH ALAM: Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Catatan di laman Facebook Selangor Royal Office memaklumkan, pada pertemuan lebih sejam itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tunku Mahkota Ismail membincangkan pelbagai isu melibatkan institusi diraja serta arena bola sepak tanah air.
“Pada pertemuan ini, Sultan Selangor menegaskan bahawa perlunya ada kesatuan dan kesepaduan yang utuh antara kesemua sembilan Raja-Raja Melayu,” menurut catatan itu.
“Titah baginda, Raja-Raja Melayu mesti bekerjasama sebagai satu pasukan dan sentiasa bantu-membantu ketika berdepan apa jua permasalahan rakyat jelata. Ini sangat penting kerana peranan Raja-Raja Melayu dalam menaungi kesejahteraan hidup rakyat kini…