Pasangan berusia 17 dan 22 tahun ditahan Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai petang tadi.

PETALING JAYA: Polis menahan sepasang kekasih selepas tular video mereka melakukan perbuatan jelik dalam kereta di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata kedua-dua suspek berusia 17 dan 22 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan, petang tadi.
Katanya, siasatan mendapati, rakaman kejadian itu berlaku pada 3.03 petang, 29 Mac lalu, tetapi baru tular di media sosial tiktok baru-baru ini.
“Polis menjalankan siasatan dan mengesan lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek ditahan masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini,” katanya dalam…
