Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Rakam Swipe Versi Selawat, Ramai Warganet Puji Aniq Suhair

today17 November 2022

Background

Sudah pasti ramai yang mengenali pelakon Aniq Suhair yang sering kali membuat peminat tak keruan melihat ketampanannya.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Aniq di laman TikTok dimana dia mengikuti trend terkini menggunakan lagu Swipe versi Selawat nyanyian Idris Shamsuddin.

@aaaniiqqqKorang boleh ikut –♬ original sound – Idris Shamsuddin

“Korang boleh ikut,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak keruan memuji ketampanan dan kecomelannya itu.

“Aniq, comelnya.

“Aniq, win this trend.

“Alhamdulillah, paling win.

Malah, ada juga segelintir yang menyokong trend Swipe versi Selawat ini dan turut memenuhi ruangan komen dengan berselawat.

“Ha yang ni aku suka.

“Ini baru betul!!

“Good boy, selawat ke atas nabi kita Muhammad saw.

“Allahuma Solli wassalim ala sayyidina Muhammad.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 399,000 tontonan, 76,000 tanda suka dan 563 komen.

Written by: Aqilah


Previous post