Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Rakan Artis Kutuk Muka Tom Hodoh, Empunya Badan Dah Maafkan

today7 November 2023

Background

Penyanyi Tom meluahkan rasa kesal terhadap seorang rakan artis yang mengutuk rupa parasnya dengan mengatakan wajahnya hodoh.

Perkara tersebut dimuat naik di Instagram Story miliknya yang mendakwa dirinya dikutuk hodoh baru-baru ini.

β€œTak apalah nak hina Tom hodoh pun.. ini yang Allah pinjamkan kat Tom,” tulisnya.

Rupa-rupanya, hinaan tersebut keluar dari mulut selebriti yang merupakan kawannya sendiri.

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menjelaskan dia sangat rapat dengan selebriti tersebut dan tidak menyangka orang itu tergamak untuk berkata buruk.

Dedah Tom, dia menyedari perkara tersebut apabila individu yang tidak dikenali tampil membongkar perbuatan jahat kawannya itu.

β€œDia pernah mengata belakang dengan kawan yang tidak rapat, apabila mereka bergaduh, orang yang tidak rapat dengan Tom tu datang beritahu segala-galanya,” ujarnya.

Meskipun sayangkan ikatan persahabatan yang sudah sekian lama terjalin, Tom tidak menafikan akan wujud isu β€˜kata belakang’ ini.

Menganggap perkataan β€˜hodoh’ sebagai keterlaluan lebih-lebih lagi untuk wanita hamil sepertinya yang kini agak beremosi dan lebih sensitif, Tom mengaku pada awalnya, dia rasa sedih.

Namun, setelah mempertimbangkan perkara itu secara rasional, dia tidak merasakan ia satu isu yang besar.

Tom yang mudah memaafkan dan tidak menyimpan dendam bagaimanapun memberitahu kata-kata tersebut tidak akan sesekali menjatuhkan semangatnya.

Sebaliknya, pelantun lagu Redha itu bersyukur dikurniakan rupa paras sedemikian kerana wajah hanyalah pinjaman Tuhan.

Bagi juara program realiti My Starz LG musim ketiga itu, cukup sekadar dipuji cantik oleh suami dan anak-anak kerana itulah kunci sebenar kebahagiaan.

β€œNak buat macam mana, wajah ni pinjaman Tuhan kan. Asalkan suami dan anak-anak puji cantik cukuplah,” luah Tom kepada XTRA.

Sebagai manusia yang serba kekurangan, Tom mengaku susah untuk memuaskan hati semua orang serta sukar untuk menutup mulut orang yang suka bercerita tentang kehidupan orang lain.

Tom juga sudah lali dengan kecaman yang sudah diterima sejak dahulu lagi.

Enggan keadaan ini berlarutan dan bertambah keruh, Tom mengambil langkah untuk memaafkan individu yang memberi kecaman terhadapnya itu.

Dalam pada itu, Tom turut meluahkan rasa kesal kerana berkongsi luahan hati tersebut di Instagram.

Dia menganggap tindakannya itu tidak matang.

β€œSaya rasa bodoh waktu itu sebab cepat beremosi dan terasa, saya dah padam dan move on,” katanya.

Tom menerima banyak mesej yang bertanyakan keadaannya dan ingin tahu cerita sebenar susulan perkongsiannya itu.

Namun, Tom memilih untuk memadam Instagram Story tersebut supaya isu ini tidak dibesar-besarkan.

Dalam pada itu, suami Tom, Fuad Rahman yang mendapat tahu perkara tersebut turut meluahkan rasa bengang.

Demi memujuk hati Tom, Fuad setia menemani isteri di sisi dan memberi kata-kata nasihat buatnya.

β€œSaya tak rasa kecil hati, sebaliknya rasa sangat geram. Tom isteri saya, sudah pasti saya akan marah.

β€œSaya nasihatkan Tom agar banyak bersabar dan jangan fikir bukan-bukan,” jelas Fuad kepada XTRA.

Pasangan suami isteri ini ditemui usai konsert mingguan Famili Duo di Studio Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga tersebut menampilkan enam pasangan iaitu Tom dan Fuad Rahman (suami isteri), Syahir dan Shila Amzah (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Adam dan Ryan Bakery (adik-beradik), Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton.

Written by: Salma


Previous post