Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakan Malaysia resah saya jumpa pemimpin Hamas, kata Anwar

today14 May 2024

Background


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menemui Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di sebuah hotel di Doha hari ini. (Gambar Bernama)

DOHA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengakui pertemuannya dengan pemimpin tertinggi Hamas semalam mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan Malaysia, khususnya dari Barat.

Bagaimanapun, beliau berkata, Malaysia hanya negara bebas yang menyokong usaha perdamaian di Semenanjung Gaza dan memanfaatkan hubungan baik dengan Hamas bagi tujuan itu.

Mengambil contoh Qatar, katanya, negara Teluk itu memanfaatkan hubungan baik dengan Hamas bagi mengadakan rundingan yang membawa kepada pembebasan 109 tahanan.

β€œKita pun ambil pendekatan sama (memanfaatkan hubungan baik),” katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Qatar.

Anwar berkata, dalam pertemuan dengan Ismail Haniyeh, Malaysia mencadangkan Hamas mengambil kira pandangan pelbagai pihak untuk mencari penyelesaian aman dan segera.

β€œSaya lihat kepimpinan Hamas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post