Mahkamah Tinggi Pulau Pinang diberitahu, T Previin cedera teruk selepas dipukul lima individu yang turut didakwa membunuh Nhaveen.

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, lima tertuduh yang didakwa membunuh seorang remaja enam tahun lalu turut mengakibatkan rakan mangsa parah sehingga terpaksa menjalani pembedahan graf tulang.
Kecederaan dialami T Previin tidak membawa maut, tetapi mampu mengakibatkan masalah lebih teruk termasuk palsi saraf atau kecederaan vesel limfa, kata pakar Hospital Pulau Pinang S Sivanandhan.
“Kecederaannya serius dan memerlukan graf tulang. Jika pembedahan tidak dilakukan, kecederaannya pasti menjadi lebih teruk,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muna Jaafar.
Previin ada bersama T Nhaveen ketika remaja itu diejek kerana berperwatakan lembut oleh sekumpulan lelaki pada 2017.
Previin, 24, menegur perbuatan mereka itu menyebabkan kumpulan itu menyerangnya dan Nhaveen….
