Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakan temui Jit Murad tidak bernyawa di rumah

today12 February 2022

Background



Punca kematian Jit Murad belum dikenal pasti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Beberapa rakan menemui penulis, pelakon teater dan filem terkenal, Jit Murad, tidak bernyawa di rumahnya di Bukit Damansara pada 2.15 petang tadi.

Kawan baiknya, Fizar Harun mengesahkan pemergian Jit atau nama sebenarnya, Aziz Mirzan, 62, kepada BH Online.

Fizar berkata, beliau dan beberapa rakan bergegas ke kondominium Jit untuk memeriksa keadaannya, selepas panggilan mereka tidak dijawab.

“Namun, kami menemui arwah sudah tidak bernyawa.

“Sehingga kini, punca kematian belum dikenal pasti. Saya dan teman-teman masih menunggu keputusan bedah siasat pihak hospital untuk mengetahuinya,” katanya yang sudah beberapa tahun tidak menemui Jit.

Beliau berkata, lokasi pengebumian Allahyarham mungkin dimaklumkan keluarga esok.

Jit yang juga anak bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Allahyarham Murad Mohamed Noor, mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987.

Beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Sepak takraw Pulau Pinang bergolak

Kuala Lumpur: Ketika kemelut di Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sudah selesai dengan pemilihan kepimpinan baharu badan induk itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini, lain pula ceritanya di Pulau Pinang yang menunjukkan tanda-tanda keretakan.

today12 February 2022