Ketua jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakphol Sainetngam melihat kejohanan jemputan NSDF 2024 yang bakal disertai pada 24 hingga 28 Mac ini mampu menjadi pentas terbaik buat barisan anak buahnya dalam mempersiapkan diri menjelang Kejuaraan Futsal ASEAN 2024.
Selepas gagal mara ke Piala Futsal AFC 2024 susulan hanya berada di tempat ketiga peringkat kumpulan pusingan kelayakan pada November tahun lalu, malam tadi merupakan kali pertama barisan pemain negara kembali menjalani sesi…
