
PETALING JAYA: Seorang bekas menteri berkata, rakyat biasa atau keluarga tidak harus dibenarkan menjadi “lebih kaya” daripada negara, kerana ia boleh menyebabkan mereka mengawal dan mempengaruhi keputusan penting kerajaan dan sistemnya.
Salleh Said Keruak berkata, kerajaan tidak harus membenarkan wujudnya keadaan di mana rakyat biasa atau keluarga mampu “menggugat kepentingan umum negara serta demokrasi”.
Bagaimanapun, Salleh tidak merujuk kepada mana-mana individu mahupun keluarga secara khusus.
“Saya berpendapat, inilah (perkara) yang kerajaan mahu yakinkan rakyat,” kata bekas ketua menteri Sabah itu di Facebook.
“Justeru, kerajaan semasa mungkin menghendaki sesetengah individu atau keluarga yang mempunyai nilai bersih tinggi untuk mengisytiharkan aset bagi menentukan betapa kayanya…
