
PETALING JAYA: Gabungan kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pahang sudah terbukti, dengan pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat sekali gus menoktahkan ‘angan-angan’ Perikatan Nasional (PN) menawan negeri itu pada PRU16.
Ketua PH Pahang, Rizal Jamin, berkata banyak program dilaksanakan kerajaan semasa seperti rumah rakyat, bantuan prihatin mahasiswa, dan orang miskin.

“Saya nampak rakyat Pahang (akan) kekal memilih kerajaan perpaduan ini. Rakyat Pahang sudah bijak menilai parti mana berkeupayaan memerintah pada PRU akan datang,” katanya kepada FMT, menangkis kenyataan PN yakin tawan negeri itu.
Rizal yakin PH dan BN akan terus bekerjasama pada PRU16 walaupun belum dibincangkan di peringkat pusat, tambahan pula prestasi Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail sangat baik…