Kalau di sana, mereka panggil ‘macet’. Memang boleh buat hilang sabar kalau menghadap jalan raya sesak di sana.
Baru-baru ini, seorang rakyat Indonesia memuji sikap pemandu di Malaysia yang lebih berhemah jika dibandingkan dengan pemandu di negara mereka.
Menurut lelaki berkenaan, dia melihat sendiri sikap pemandu di Malaysia semasa dia berada di negara ini.
“Sedikit cerita roadtrip di Malaysia kelmarin. Gaya pemanduan di Malaysia jauh berbeza sama di sini. Hampir semua kereta bergerak dengan teratur,” katanya.