
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa pemimpin parti itu di Kelantan dan Terengganu menggandakan usaha membantu rakyat untuk mengubah persepsi pengundi di dua negeri terbabit.
Menurutnya, rakyat negeri itu sebenarnya mempunyai keinginan mengubah pemerintahan kerajaan negeri itu yang kini ditadbir PAS terutamanya di Terengganu tetapi pada masa sama kurang yakin terhadap pimpinan PKR.
“Mereka tengok semua ini (pengaruh dan peranan), kalau tak sampai ke peringkat yang mereka rasa yakin walaupun berpuas hati dengan prestasi kerajaan persekutuan, ada kemungkinan mereka tetap tak bagi undi pada PKR,” katanya berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Kelantan hari ini.
Rafizi berkata, bagi mengubah keadaan itu pimpinan PKR di Kelantan dan Terengganu perlu menggandakan usaha dan…