
PETALING JAYA: Rakyat hanya akan menerima Umno-Barisan Nasional (BN) kembali apabila ia menunjukkan prestasi kerja yang baik dan membuktikan keberadaannya dalam kerajaan beri impak kepada pentadbiran negara, kata Shabery Cheek.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Shabery Cheek menepis hujah Umno perlu menukar pucuk pimpinan untuk kembali diterima rakyat.
“Naratif Perikatan Nasional (PN) yang ‘suci’ dan ‘bersih’ perlu dirungkai. Apakah ia hanya mitos atau realiti? Mereka sebelum ini tak buat apa-apa perubahan atau tidak menunjukkan sebarang prestasi yang hebat pun menerima sokongan ramai kerana naratif itu,” katanya kepada FMT.
Pada PRU15, BN yang ditunjangi Umno terpaksa berpuas hati dengan 30 kerusi, berbanding pesaingnya, PN pimpinan Bersatu yang memperolehi 74 kerusi.
Bersatu dibentuk oleh bekas…