
PETALING JAYA: Lawatan kerja ke Hong Kong seorang rakyat Malaysia bermula dengan detik cemas apabila beliau ditimpa sekeping konkrit pada hari pertama berada di kota itu.
Hanya beberapa jam selepas tiba di kota itu pada 4 Julai, Ng Shu Lin ditimpa sekeping konkrit yang jatuh dari Bangunan Yau Lai di Jalan Nathan, Tsim Sha Tsui, mengakibatkan beliau cedera di kepala.
Ketika kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu melalui kawasan yang sibuk dengan pejalan kaki dan bangunan tinggi itu dalam perjalanan ke sebuah seminar.
Menurut rakannya, Yap Shy Cuan, 48, impak kejadian itu menyebabkan Ng terjatuh, namun segera dibantu orang ramai.
Yap berkata, akibat kecederaan dialami, rakannya itu telah menjalani dua pembedahan
“Ng telah menjalani dua pembedahan, tetapi masih terdapat serpihan konkrit yang tidak dapat…
