Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat Malaysia di Gabon selamat, kata Wisma Putra

today30 August 2023

Background


Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular diminta berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja.

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria mengesahkan semua rakyat Malaysia di Gabon berada dalam keadaan selamat, susulan pengumuman rampasan kuasa oleh tentera di negara itu.

Menurut kenyataan kementerian, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini di Gabon.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular diminta berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja beralamat di No. 4A, Plot 2232 B, Rio Negro Close Off Yedseram Street, Maitama Abuja, Nigeria.

Telefon: +234 92908488, +234 7031365197 (Pegawai Bertugas), e-mel: [email protected].

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Media pada Rabu melaporkan sekumpulan pegawai kanan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Fokus sepenuhnya lawan Syria, China

Petaling Jaya: Kapten skuad Harimau Malaya, Dion Cools menyeru rakan sepasukan untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China di Chengdu, China, bulan depan.

today30 August 2023