Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat Malaysia di Gaza selamat dibawa keluar

today13 November 2023

Background


Nurul Ain Haron dan suaminya dihubungi melalui panggilan video oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas dibawa keluar dari Gaza. (Gambar Wisma Putra)

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron, yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya, warga Palestin Mohamed AM Shaat, selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada 8.23 malam Ahad waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, sejurus selepas Nurul Ain dan suaminya tiba di Lintasan Sempadan Rafah, beliau dihubungi melalui panggilan video oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Zambry Abdul Kadir.

Evakuasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan pertemuan antara perdana menteri dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi semasa lawatan kerja ke Mesir pada 23 Okt lepas, serta penyelarasan lanjut oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah juga sedang menghulurkan bantuan konsular…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post