
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Vietnam dinasihatkan bersedia menghadapi Taufan Yagi yang dijangka melanda utara negara itu termasuk Hanoi hari ini.
Dalam pengumuman di Facebook rasminya, Kedutaan Malaysia di Hanoi memberi amaran potensi hujan lebat dan angin kencang dengan risiko banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.
Bermula petang Jumaat hingga pagi Isnin ini, wilayah utara dan utara-tengah dijangka mengalami hujan lebat antara 100 hingga 300mm, dengan beberapa kawasan dijangka menerima lebih daripada 500mm, menurut kenyataan itu.
“Oleh itu, pihak berkuasa memberi amaran agar kita bersedia menghadapi banjir di kawasan rendah, kemungkinan banjir kilat di sungai dan anak sungai, serta tanah runtuh di beberapa kawasan.
“Rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau melawat kawasan terjejas dinasihatkan untuk…