Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat Malaysia ditahan di Indonesia disahkan babit kes makmal proses syabu

today16 August 2022

Background



Polis turut mengesahkan suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis. (Gambar AFP)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia pada bulan lepas disyaki terlibat dalam kes makmal memproses syabu di Batam.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, A Skandaguru berkata, bagaimanapun suspek bukan pegawai polis seperti yang didakwa dalam video yang tular menerusi berita TVOneNews di saluran YouTube mengenai penahanan itu.

“Hasil semakan mendapati suspek yang ditahan tersebut tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, sukarelawan polis atau polis bantuan.

Rekod turut mengesahkan suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis,” katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Menurutnya, polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post