Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat Malaysia ditahan seludup dadah di Macau ada rekod jenayah

today6 July 2026

Background


Hussein Omar Khan
Pengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang serta anggota sindiket lain di negara ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Macau kerana disyaki menyeludup hampir 3kg heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta bulan lepas, disahkan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima maklumat rasmi daripada polis Macau berhubung penahanan lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Sarawak itu, semalam.

“Semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah narkotik melibatkan Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan),” katanya ketika dihubungi.

Menurut Hussein, dadah berkenaan disorokkan di dalam tin sardin berlabel pes tuna yang dibungkus bersama biskut sebelum ditemukan dalam bagasi suspek sebaik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post