Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi bayangan bahawa Malaysia bakal mengharamkan rokok di masa hadapan dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2005. Bercakap pada sesi pertemuan ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, khairy berharap undang-undang itu dapat dilulusan pada tahun ini, lapor Malay Mail.
“Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas 2005. Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit),” katanya.
Selain itu, dalam perutusan Tahun Baharu 2022 kepada Kementerian Kesihatan, Khairy turut bercakap mengenai ‘generasi penamat perbuatan merokok’, di mana beliau melihat akan tiba masanya generasi akan datang ‘tidak tahu apa itu rokok’.
Untuk rekod, melalui laporan…