Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat Malaysia Lebih Minat Beli Secara Dalam Talian, Adakah Pusat Membeli Belah Bakal ‘Mati’?

today30 September 2021

Background


Perubahan sikap pengguna yang lebih berminat untuk membeli secara dalam talian bakal memberi kesan kepada ruang di pejabat dan pusat membeli belah. Manakala harga sewa mungkin akan jatuh merudum akibat daripada kesan tersebut dan ditambah pula dengan pandemik COVID-19, lapor Bank Negara Malaysia (BNM).

Memetik laporan Malay Mail, Kajian Kestabilan Kewangan untuk separuh pertama tahun 2021, BNM menyatakan bahawa kadar penghuni dan kadar sewa untuk kompleks membeli-belah dan ruang pejabat terus menurun. Tambah BNM lagi, kadar sewa untuk pejabat dan ruang niaga di Lembah Klang sudah mula turun selama empat suku berturut-turut sejak suku ketiga tahun 2020.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh firma harta tanah Jones Lang Wootton, BNM menyatakan bahawa ruang kosong atau kadar kekosongan untuk ruang pejabat di Lembah Klang telah meningkat dari suku kedua 2020 atau April-Jun 2020 (26.4 peratus), kepada 27.5 peratus (suku keempat 2020 atau Oktober-Disember 2020) hingga 28.6…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman Nazirmuddin


Previous post