
Seorang rakyat Malaysia berusia 21 tahun dihukum penjara 14 minggu kerana cuba menyeludup 1,000 rokok elektronik (vape) ke Singapura, yang disembunyikan bersama barangan runcit dalam sebuah kereta sewa.
Amirul Iqbal Nazri ditahan pada 15 Nov di pusat pemeriksaan Woodlands oleh pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) ketika pemeriksaan rutin ke atas kenderaan berdaftar Malaysia.
Vape berkenaan ditemui di belakang tempat duduk penumpang hadapan dan di but kereta, lapor The Straits Times.
Amirul mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan mengimport produk tembakau tiruan.
Dokumen mahkamah mendedahkan bahawa Amirul sebelum itu berjaya menyeludup barangan itu buat kali pertama pada 6 Nov lalu dan memperoleh SGD320 (kira-kira RM1,000), sebelum cubaan kedua membawa kepada…