Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat Malaysia tegaskan solidariti bersama Palestin sempena Hari Al-Quds

today28 March 2025

Background


HIMPUNAN AMAN HARI AL-QUDS SEDUNIA 2025
Lebih 1,000 orang berarak dari Menara Tabung Haji ke Kedutaan AS sempena Hari Al-Quds.

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 orang berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin bersempena Hari Al-Quds.

Seusai solat Jumaat, peserta berarak dari Menara Tabung Haji bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan AS yang terus menyokong Israel ketika tentera rejim Zionis berterusan membantai rakyat Palestin.

Peserta daripada pelbagai NGO dan parti politik itu membawa bersama keranda, replika jenazah bayi, dan plakad ‘hentikan genosid’.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memaklumkan pihak kedutaan enggan menerima memorandum mereka, yang menggesa AS menghentikan bantuan ketenteraan kepada Israel dan mengiktiraf hak mutlak rakyat Palestin.

“Kita juga akan menyerahkan memorandum ini kepada Asean, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam supaya sama-sama dapat memberikan tekanan kepada AS,” kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Hadir…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post