Site icon Hot FM

Rakyat Malaysia terkandas di Sudan selamat tiba di KLIA


Kesemua mereka terkandas selama dua minggu susulan konflik melanda Sudan.

Ketibaan rakyat Malaysia dari Sudan disambut dengan pelukan dan linangan air mata di KLIA.

SEPANG: Seramai 30 rakyat Malaysia yang terkandas selama dua minggu di Khartoum, Sudan susulan konflik melanda negara itu, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang ini.

Kepulangan mereka disambut dengan pelukan dan ciuman ahli keluarga tercinta yang tidak sabar menanti ketibaan mereka pada 2.55 petang.

Menteri Luar Zambry Abd Kadir mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana mengambil langkah dalam memastikan kejayaan misi menyelamat ini, termasuk menghubungi pemimpin Sudan yang terlibat dalam konflik itu.

Beliau turut meluahkan penghargaannya kepada pasukan penyelamat bertungkus-lumus dalam usaha menyelamat, serta orang ramai sentiasa mendoakan keselamatan rakyat Malaysia.

“Tiada individu cedera. Alhamdulillah, Ops Sudan sudah selesai tapi kita akan terus…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version