
PETALING JAYA: Penduduk di Sabah dan Sarawak akan lebih takutkan PAS selepas seorang lelaki dihukum sebat di khalayak atas kesalahan khalwat di Terengganu, sekali gus menyukarkan parti itu untuk memperluaskan pengaruhnya di negeri-negeri tersebut, kata penganalisis.
James Chin dari Universiti Tasmania berkata PAS kelihatan berusaha keras menjadikan Malaysia sebuah negara patuh syariah dengan masyarakat yang lebih konservatif.

Katanya, usaha itu sudah jelas di empat negeri yang ditadbir PAS di Semenanjung.
Chin menjangkakan kebanyakan rakyat Sabah dan Sarawak termasuk yang beragama Islam menolak bentuk hukuman seperti itu, dan ia mungkin menyebabkan PAS dijauhi sama sekali.
“Hukuman sebat di khalayak berdasarkan undang-undang Islam mungkin dianggap biasa di Acheh, Indonesia, tetapi…