
SHAH ALAM: Kunci kesejahteraan kewangan terletak kepada matlamat mencapai simpanan asas persaraan apabila Malaysia menjadi negara menua kelak, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Kami mahu lebih ramai mencapai sasaran simpanan asas. Hanya ada satu cara sahaja untuk tujuan itu, dengan meningkatkan caruman yang mana mereka boleh melakukannya secara sukarela.
“Malangnya, ketika ini agak sukar melakukannya secara wajib,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn, sambil menambah Malaysia sedang menuju negara menua menjelang 2043.
Negara menua bermaksud 14% populasinya berusia lebih 65 tahun.
Zulqarnain berkata, strategi KWSP menangani masalah kekurangan simpanan – pencarum tidak cukup simpanan bagi persaraan – dan beliau menggalakkan rakyat berusaha mencapai sasaran simpanan asas persaraan.
“Strategi kita adalah mendidik masyarakat. Daripada perspektif tingkah laku…