Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat penentu kemenangan, bukan kajian, kata Azmin

today10 May 2024

Background


Azmin Ali berkata pihaknya menerima banyak laporan risikan tetapi penentu sebenar kemenangan pilihan raya ialah pengundi setempat.

HULU SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) tidak panik dengan kajian sebuah badan pemikir mendakwa Pakatan Harapan (PH) mempunyai sedikit kelebihan untuk memenangi PRK Kuala Kubu Baharu.

Pengarah Pilihan Raya PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Azmin Ali, berkata pihaknya menerima banyak laporan risikan dan penentu sebenar kemenangan pilihan raya ialah pengundi setempat.

“Kita merayu semua pengundi mesti melaksanakan tanggungjawab untuk menentukan (wakil rakyat akan berkhidmat) dalam lima tahun akan datang untuk pembangunan dan kemajuan di Kuala Kubu Baharu,” katanya selepas menghadiri Majlis Munajat PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu di Batang Kali.

Terdahulu, Ilham Centre meramalkan PH yang diwakili DAP mampu mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu dalam PRK esok.

Badan pemikir itu mengakui saingan sengit diberikan PN, namun sedikit kelebihan memihak PH…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post