
PETALING JAYA: Rakyat mahukan kestabilan politik dan ini menjadi faktor Barisan Nasional (BN) menang besar pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka semalam, menurut Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Katanya, rakyat kini semakin peka tentang masalah politik negara dan mahu menamatkannya segera dengan memilih BN.
“Saya rasa mereka (rakyat) ingin tamatkan apa yang dikatakan riuh rendah dalam politik sekarang dan mahukan satu bentuk kestabilan,” katanya, lapor Berita Harian.
“Jadi kita tengok apa yang BN boleh lakukan dalam tempoh lima tahun ini (di Melaka) kerana secara objektifnya kita harus bagi peluang kepada mereka.”
Semalam, BN memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Melaka, dan ini…