
PETALING JAYA: Rakyat sudah penat dan lelah melihat kepincangan Pakatan Harapan (PH), kata seorang wakil rakyat muda DAP mengulas kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, berkata kekalahan PH dalam pilihan raya berkenaan kesan respons rakyat terhadap setiap langkah dan keputusan dilakukan parti berkenaan.
Katanya, mengambil kira faktor berkenaan, PH perlu menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran bagi memulih kembali kepincangan yang sedang dan telah berlaku agar tidak menjadi lebih teruk.
“Ada banyak perkara yang perlu kita lihat semula. Ada banyak faktor yang mungkin menyebabkan rakyat semasa PRN Melaka ini…tidak memilih PH,” katanya dalam kenyataan di…