Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seorang menteri Vietnam dikecam teruk oleh rakyatnya selepas video beliau disuap daging bersalut emas oleh chef terkemuka Nusret Gokce tular dengan pantas di negara tersebut.
Menteri Keselamatan Awam, To Lam, dilihat melawat restoran Nusr-et di London selepas delegasi negara tersebut berada di sana menghadiri Climate Change Forum (COP26) oleh pihak United Nations di Glasgow, Scotland.
Rata-rata rakyat Vietnam mengkritik pemilihan restoran tersebut oleh delegasi To Lam kerana hidangan di sana yang pastinya mahal dan lebih tinggi daripada sebulan gaji penduduk di Vietnam.
Video berkenaan dimuat naik sendiri oleh Salt Bae di TikTok tetapi telah dipadam selepas dikecam hebat oleh pengguna TikTok. Namun, semuanya telah terlambat apabila video berkenaan pantas dimuat turun oleh orang ramai dan dikongsi semula di TikTok.