Hot FM

Ramadhan Bertiga, Elfira Loy Kongsi Kisah Lucu Hari Pertama Puasa

Dah masuk hari keempat kita berpuasa, anda semua steady lagi ke tu?

Kita nak share sikit tentang pelakon Elfira Loy atau mesra dengan nama panggilan El yang tahun ini dapat berpuasa bersama suami tercinta dan anak tersayang.

Pada hari pertama puasa iaitu 24 April yang lalu, El cuba memasak sup tulang masak lemak cili api rebung daging salai yang diminta oleh ibunya sebagai lauk untuk berbuka.

Wah, sedap pula kan apabila terbayang dalam kepala!

Bagaimanapun, sesudah El selesai memasak dan ingin berbuka puasa bersama keluarga dia telah menyedari bahawa dia terlupa untuk memasak nasi.

Insiden lucu itu dikongsikan oleh El menerusi akaun Instagram miliknya dan mendapat perhatian peminat.

Antara potongan kapsyen yang ditulis El ialah…

El dan keluarga kemuadian menjamah kurma, minum air lalu menunaikan solat maghrib berjemaah sementara menunggu nasi untuk masak.

Hm, itu kisah lucu Elfira Loy. Bagaimana pula dengan anda?

Exit mobile version