Menerusi video tersebut, kelihatan seorang TikToker sedang berada di sebuah kedai jualan teh di berada di kaki lima jalan.
Di dalam video tersebut dia telah memberi RM100 kepada peniaga berkenaan mula menyediakan teh masala sebanyak 100 cawan.
Sementara peniaga itu menyusun 100 cawan, TikToker terbabit telah bertanyakan beberapa soalan sehingga ramai menganggap ia adalah soalan yang sensitif.
Dia dilihat bertanyakan soalan mengenai sentimen perkauman sama ada adakah dia rakyat Malaysia India yang digelarnya type I dan juga adakah dia type B iaitu Bangladesh.
Malah dia juga bertanyakan adakah peniaga berkenaan membayar cukai atau tidak. Video itu mendapat perhatian ramai yang tidak senang dengan kelakuannya yang dianggap kurang menyenangkan untuk ditanya.