Site icon Hot FM

Ramai marah, kecewa pengurusan lemah diskaun saman trafik


Orang ramai berharap mendapatkan diskaun 50% untuk saman trafik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang ditawarkan sempena ulang tahun pertama kerajaan Madani.

KUALA LUMPUR: Diskaun 50% untuk saman trafik ditawarkan sempena sambutan ulang tahun pertama kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari ini, menyebabkan ratusan orang kecewa kerana terpaksa menunggu berjam-jam untuk membuat pembayaran.

Mereka yang berjaya mendapatkan kod QR yang terhad boleh membuat pembayaran dalam talian, namun yang lain terpaksa menunggu berjam-jam untuk menjelaskan bayaran di kaunter polis disediakan khas di kompleks stadium.

Orang ramai mula tiba seawal 8 pagi, dan tiga jam kemudian, lebih 4,000 orang mendaftar dalam sistem barisan, dengan kurang 200 dilayan.

Kekecewaan dan kemarahan memuncak dan ramai mengecam pihak penganjur atas pengurusan program yang lemah.

Antara masalah timbul termasuk tempat letak kenderaan, papan tanda dan kaunter pembayaran tidak mencukupi, proses pembayaran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version