JPJ berkata syarikat berkenaan membenarkan kenderaan tidak berdaftar dan tiada EVP beroperasi di seluruh negara.

PUTRAJAYA: Pengendali perniagaan pengantaraan (EHO) yang mengendalikan aplikasi Maxim didapati melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana membenarkan kenderaan di bawah kendaliannya beroperasi tanpa permit kenderaan e-panggilan (EVP) yang sah di sekitar Putrajaya dan Pahang.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan memaklumkan syarikat yang beroperasi di Kuantan, Pahang itu dikesan dalam operasi Ops e-panggilan yang memfokuskan kepada pengoperasian EHO yang membenarkan kenderaan tidak berdaftar dan tiada EVP beroperasi di seluruh negara.
Menurut JPJ, hasil maklumat APAD juga mendapati hanya 402 daripada 5,000 kenderaan yang aktif menggunakan aplikasi Maxim mempunyai EVP.
JPJ memaklumkan…
