Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ramai Peminat Hantar Mesej Namun Hisyam Hamid Tak Layan

today10 June 2024

Background

Pelakon, Hisyam Hamid mengakui dia banyak menerima mesej daripada peminat fanatik dan obses.

Namun begitu, kata Hisyam dia tidak mengendahkan mesej-mesej daripada peminat tersebut selagi mereka tidak membuat perkara yang melampaui batas.

“Memang ramai peminat termasuk yang obses dengan saya yang menghantar Direct Message (DM) di Instagram tetapi saya tidak pernah layan atau baca pun.

“Saya anggap mereka semua peminat saja. Selagi mereka tidak kacau (ganggu) dan buat perkara yang tidak sepatutnya, saya biarkan saja.

β€œKalau kita tengok peminat artis Korea pun, peminat yang obses seperti itu perkara biasa saja.

β€œApa yang penting ia tidak jejaskan nama baik dan karier seni saya sebagai artis,” katanya.

Sebelum ini, seorang peminat menerusi akaun @hanisaheleena7 memuat naik foto bersama Hisyam serta mengakui dirinya adalah bakal tunang kepada aktor berkenaan

Terdahulu, Hisyam mendedahkan rumah tangganya bersama bekas isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel terlerai selepas hampir 20 tahun bersama sejak 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

Artikel Berkaitan:Β β€œKami Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri” – Hisyam Hamid

Artikel Berkaitan:Β Bekas Isteri Hisyam Hamid Mengaku Terluka – β€œSaya Melalui Perkara-Perkara Yang Menghancurkan & Ia Ajar Saya Lebih Kuat”

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma