Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ramai Puji Isteri Fizo Omar, Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri

today1 March 2023

Background

Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi video pendek di laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Fazeera dilihat berkongsi momen bersama anak tirinya, Wan Maryam yang disifatkannya sebagai sumber yang paling banyak mengajarnya erti untuk menjadi seorang ibu.

Bahkan, dia seolah-olah membuat video tersebut sebagai tanda apresiasinya buat Wan Maryam atau lebih mesra dengan panggilan Cik Yam.

“Detik-detik berharga kita bersama, Cik Yam Umi. Terima kasih Allah atas anugerah terhebat ini!. Sebelum Khaleeda, saya banyak belajar dari awak, Cik Yam, untuk memahami dunia seorang ibu walaupun bukan saya yang melahirkan awak.

Apa yang paling menggemberikan saya adalah melihat awak dan Khaleeda mencurahkan kasih sayang yang tiada penghujung antara satu sama lain. Saya memohon maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik untuk anda tetapi awak sentiasa yang terbaik untuk saya!. More to come and more babies for you cikyam,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Fazeera yang disifatkan bukan sahaja cantik tetapi memliki keperibadian yang baik sekaligus berpendapat, Cik Yam sangat bertuah kerana memiliki ibu tiri yang penyanyang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

 

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Penjualan United ditunda sehingga Mei

London: Proses pemilikan baharu Manchester United bakal ditunda sehingga Mei depan selepas keluarga Glazers mahu memastikan nilai penjualan £6 bilion (RM32.4 bilion) tercapai, menurut laporan semalam. Beberapa bidaan untuk membeli kelab Old Trafford diterima sejak dua minggu lalu dengan Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani dari Qatar dan bilionair Britain, Sir Jim Ratcliffe kedua-duanya menawarkan £4.5 bilion (RM24.29 bilion) tetapi harapan untuk memuktamadkan pembelian pada penghujung Mac mungkin tidak kesampaian.

today1 March 2023