
PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Harapan harus terbuka mengadakan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak di Pulau Pinang dengan memberi amaran kemungkinan jumlah keluar mengundi rendah jika diadakan berasingan.
Lim berkata, pengundi di luar Pulau Pinang mungkin tidak pulang untuk mengundi pada pilihan raya negeri jika diadakan tahun depan.
“Setengah pengundi berkata mereka mungkin tidak datang mengundi sekiranya pilihan raya negeri diadakan berasingan,” katanya kepada FMT.
Penyandang kerusi Parlimen Bagan itu memberitahu, pakatan pembangkang juga perlu melihat faktor kos untuk mengadakan pilihan raya berasingan.
“Kini rakyat dipaksa menerima pilihan raya umum oleh Barisan Nasional, mereka mahu pilihan raya negeri kerana rakyat ekoran rakyat tetap kena keluar mengundi untuk pilihan raya…