Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ramai Wanita Sokong Statement Syafinaz Selamat – “I Tak Kahwin Tapi Bahagia”

today16 November 2023

Background

Penyanyi dan guru vokal tersohor, Datuk Syafinaz Selamat mengakui kehidupannya amat gembira meskipun belum mendirikan rumah tangga.

Kenyataan tersebut dilontarkan di program hiburan nyanyian yang berlangsung pada Ahad lalu selepas usai persembahan Tomok yang membawakan lagu Apa Dah Jadi milik Allahyarham Tan Sri SM Salim.

Kenyataan tersebut tercetus selepas ketua juri Datuk Ramli MS program hiburan itu mengusik dengan mendakwa Tomok menunding jari kepada Syafinaz yang belum berkahwin ketika menyanyi.

“Dia tunjuk pada Syafinaz ‘sampai sekarang tak kahwin lagi’,” selorohnya.

Susulan itu, Syafinaz telah naik ke atas pentas lalu memukul bahu Tomok dengan menggunakan kertas.

“Jangan sindir ya. I tak kahwin tapi I gembira,” katanya berseloroh sambil turun dari pentas.

Tidak habis di situ, selebriti yang terkenal dengan jolokan Ratu Soprano ini turut berkata dia tidak mahu menjadi isteri kedua.

“Nombor dua tak mahu, nombor satu saja,” katanya lagi.

Kejadian tersebut tular di serata media sosial sehingga mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Rata-rata golongan wanita menyokonh kenyataan spontan Syafinaz yang seolah-olah menyatakan perkahwinan tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan dalam hidup.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafinaz Selamat Dikritik Netizen Menyanyi Tak Sedap, Tuan Badan Respons – “Saya Terima, Saya Dengar Pun Agak Sumbang”

Artikel Berkaitan: Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Written by: Aqilah


Previous post