Menerusi perkongsian di Facebook, seorang individu bernama Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail menjelaskan bahawa sebenarnya gambar lelaki menangis itu adalah rakannya yang merupakan seorang bapa bernama Zulkifli.
Difahamkan, pada masa itu telah berlaku peristiwa tsunami pada tahun 2004. Di dalam tragedi itu saudara Zulkifli telah kehilangan lima anak-anaknya sekaligus yang membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Lima anak Zulkifli yang terkorban ialah Siti Nurain, 17, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5. Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.
“Gambar saudara Zul dalam keadaan yang sangat bersedih sayu itu tiba-tiba kita gunakan untuk tujuan bergurau,” katanya.
Justeru, dia berharap agar orang ramai selepas ini lebih peka dan tidak lagi menggunakan gambar terbabit sebagai hiburan.