
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Buloh R Ramanan, yang juga timbalan menteri pembangunan koperasi dan usahawan, mengotakan janji pada PRU15 dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu kepada rumah ibadat sekitar kawasannya.
Beliau berkata, sepanjang 2023 hingga bulan ini, RM452,000 elaun dan gajinya telah disumbangkan kepada rumah-rumah ibadat termasuk surau, masjid, kuil dan tokong, gereja, selain persatuan dan organisasi keagamaan.
Sejumlah RM332,000 diserahkan kepada 72 rumah ibadat pada 2023 manakala RM120,000 lagi kepada kira-kira 100 rumah ibadat dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
“Selain mengotakan janji, pemberian kesemua gaji dan elaun ini juga merupakan penghargaan saya kepada pengundi berbilang bangsa di Parlimen ini yang menyokong saya selama ini.
“Pengurusan rumah ibadat boleh gunakan duit ini bantu golongan…