Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ramanan tunai janji derma gaji Ahli Parlimen kepada rumah ibadat

today26 March 2023

Background


Facebook Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh memaklumkan sumbangan itu akan disalurkan secara bergilir.

R Ramanan (tengah) menyumbang gaji Ahli Parlimennya kepada rumah ibadat, termasuk masjid dan surau di Parlimen Sungai Buloh sempena Ramadan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan menunaikan janji menyumbang gaji dan elaun wakil rakyatnya kepada rumah ibadat di kawasan Parlimennya.

Catatan di Facebook Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh memaklumkan sumbangan itu akan disalurkan secara bergilir.

“Bagi tadbir urus telus, hanya akaun bank berdaftar kepada rumah ibadat akan menerimanya.

“Semoga ia dapat disalurkan kepada setiap jawatankuasa rumah ibadah untuk kegunaan kebajikan,” menurut catatan itu.

Pada PRU15, Ramanan yang juga calon Pakatan Harapan berjanji tidak akan mengambil gajinya walaupun RM1 jika menang.

Beliau sebaliknya mahu gaji Ahli Parlimennya disalurkan kepada masjid, surau, kuil dan tokong di kawasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post